Saturday, 7 April 2012

Koleksi Doa hari Ahad


Ya Allah, pada hari yang berbahagia ini, kami memohon keberkatan dan


keredhaan dari-Mu agar segala usaha, tindakan dan amal perbuatan kami ini


diterima serta mendapat kerahmatan dari-Mu ya Allah.



Anugerahkanlah sifat kesungguhan dan ketekunan kepada diri kami, agar


sentiasa dapat melaksanakan kerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang


telah diamanahkan.


Jadikanlah perkhidmatan kami ini yang lebih maju kehadapan agar segala urusan dapat diselesaikan dengan cekap, cepat dan teratur.


Doa hari Sabtu


Di hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaan˜Mu untuk


melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Terapkanlah


amalan kerja yang baik agar kami jadikan ia sebagai ibadah yang berterusan dan


jauhkanlah sifat tercela, bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala


kefahaman, curahkanlah hidayah-Mu agar dapat kami jadikannya sebaik-baik


penghayatan.



Jadikanlah al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar


kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah


sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Doa harian hari Jumaat




Di hari yang mulia ini , kami berdoa memohon ke hadrat˜Mu, satukanlah dan


perteguhkanlah hati-hati kami di bawah keredhaan˜Mu, lahirkanlah perasaan


persaudaraan , berkasih sayang , bermuafakat , tanamkanlah ke dalam jiwa


kami sifat sabar , tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta di


permudahkan segala urusan kami.



Engkau jadikanlah perkhidmatan awam di negara ini, perkhidmatan yang


berkualiti lagi cemerlang agar dengannya dapat menjadikan negara kami maju


dalam segala bidang agar ianya menjadi negara yang unggul , disegani , bertaraf


dunia dan mendapat keredhaan˜Mu ya Allah.


Koleksi Doa Hari Khamis


Ya Allah, ya Tuhan kami,


Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik


dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami ,


tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan


semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta


cemerlang.



Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu


yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang


bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan


yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia


dan akhirat.

Koleksi Doa Hari Rabu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, imam dan kebijaksanaan untuk menerokai


kejayaan. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan


kehendak dan perubahan zaman . Berikanlah kami kesihatan agar bergerak aktif


menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara Malaysia tercinta agar


kedaulatan tanah air teguh terpelihara.



Engkau tanamkanlah di dalam diri kami sifat amanah, bertanggungjawab dan


keimanan yang mantap . Pertingkatkanlah i'tikad dan amalan kami agar taat


mengerjakan suruhan dan taat menjauhi larangan serta redha menerima


dugaan dan ikhlas menyempurnakan amalan.


Koleksi Doa Hari Selasa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi



Di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu.


Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan cetusan idea yang bernas bagi


meningkatkan mutu kerja dan kecekapan supaya ianya dapat memenuhi


ekspektasi pelanggan dan jabatan.



Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar


amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh


ikutan generasi akan datang supaya bekerja dengan penuh dedikasi, amanah


dan bertanggungjawab.


DOA HARI ISNIN




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani






Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas


semulia-mulia para Nabi dan Rasul dan penghulu kami junjungan besar Nabi


Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.



Di hari yang mulia serta penuh keberkatan ini, kami melahirkan kesyukuran kam


kepada-Mu kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan awam d


negara ini.



Kami memohon restu dan kasih saying-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan. Jadikanlah kami golongan yang


produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan


sempurna dan berkesan. Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas


dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.