DOA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN

AlhafizNet
0


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas


junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.






Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat


pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.


Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada


yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh


rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan


yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau


anugerahkan kepada kami.






Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ini, kami pohonkan ehsan


dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan


dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan


keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan


kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami


dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara


tercinta ini.






Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam,


Engkau peliharalah Malaysia negara kami yang kami cintai ini. Engkau


peliharalah perpaduan diantara kami demi kepentingan negara Malaysia yang


kami kasihi. Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam


keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat-


menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran


negara kami sehingga ke hari ini.






Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,


Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi


bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.



Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang


akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan


kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai


dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis


oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.


Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang


sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan


masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.






Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda


kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan


negara dan bangsa.



Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top