Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau
kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda
kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang
diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna
bagi pernikahan anakanda mereka (…).
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah,
kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat
dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah
ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia
dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat
wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi
meraikan majlis yang diberkati ini.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.