DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH

AlhafizNet
1


Alhamdulillah, dengan penuh khusyuk dan tawadu' kami bersyukur di atas


segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau kurniakan, di mana dengannya


dapatlah kami berkumpul pada hari yang penuh berkat untuk bersama-sama


meraikan majlis Maal Hijrah memperingati hijrah Rasulullah S.A.W.



Ya Allah, sesungguhnya kami percaya dan yakin bahawa hijrah yang


diperintahkan ke atas Rasul kami Nabi Muhammmad S.A.W. adalah satu


perancangan-Mu yang kemas dan teratur, demi memperkukuhkan kekuatan


untuk menegakkan hak kebenaran, keadilan, kemakmuran, keamanan dan


kebahagiaan.



Sesungguhnya hijrah rasul-Mu merupakan peristiwa agung yang kami akan


hayati. Ia merupakan ilham perjuangan umat setiap zaman, mengajar erti


perpaduan, kejayaan menyatukan yang bertelingkah.



Bersempena dengan perhimpunan yang kami adakan ini, kami memohon supaya


pengertian falsafah serta semangat hijrah akan dapat diteruskan. Sentiasa hidup


di hati sanubari setiap umat termasuk sikap, watak dan perbuatan. Ya Allah,


gerakkanlah hati, amalan dan fikiran kami kearah amalan makruf. Berhijrah


kepada makruf, berhijrah dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Berhijrah


dari kekufuran nikmat kepada bersyukur. Berhijrah daripada malas kepada rajin


dan sedia berkorban. Berhijrah daripada jahil kepada berpengetahuan.


Berkeadaan tidak baik kepada baik dan lebih baik mengikut petunjuk pimpinan-


Mu ya Allah. Semoga dapat menempuh hidup baru dan maju ke hadapan sesuai


tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi yang luas terbentang.



Peliharalah kami dan negara kami ini ya Allah serta seluruh negara Islam


daripada sebarang huru-hara dari ancaman musuh dari luar mahupun dari


dalam. Peliharakanlah perpaduan kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di


antara kami. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat


sejahtera aman damai yang berpanjangan.


Post a Comment

1 Comments
  1. ASSALAMUALAIKUM..
    MOHON SHARE DOANYA YE..... TERIMA KASIH BANYAK

    ReplyDelete
Post a Comment
To Top