Doa Selamat Majlis Rasmi

AlhafizNet
1


Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas


limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat


wal'afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga


diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan


keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.



Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami


berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi


sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.



Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan


hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah


pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal


yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan


restu-Mu di sepanjang zaman.



Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu


sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke


jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di


samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang.



Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana.


Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan.


Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat.




Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam


melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.


Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan


kemakmuran dalam negara bertuah ini .

Post a Comment

1 Comments
  1. Harrah's New Orleans Hotel & Casino - JAMHub
    The Harrah's 익산 출장샵 New Orleans Hotel & Casino is one of the 강원도 출장안마 largest entertainment, dining and 안동 출장샵 shopping destinations on the Mississippi 의왕 출장마사지 Gulf Coast. Located in 포천 출장샵 the

    ReplyDelete
Post a Comment
To Top