Saturday, 7 April 2012

Doa Selamat 4


Ya Allah ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami


berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah


dari sisi-Mu.




Semoga dengan rahmat itu,


Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau


perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di


kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.



Ya Allah, kami memohon taufiq dan hidayah-Mu dalam setiap perkara dan


restuilah perancangan dan pembangunan yang disusun dan diatur oleh kami


dalam usaha memajukan negara kami. Bimbinglah para pemimpin kami yang


memikul amanah dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara kami dengan


sinaran petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang


lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.


Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat keji, hasad-


dengki, boros, dan semua sifat negatif. Ya Allah selamatkanlah kami sekalian


dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.


Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi


dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta


matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.



Kami pohonkan limpah rahmat, taufiq dan hidayat bagi pemimpin kami di


segenap lapisan dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah


semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal


kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama


supaya disanjung tinggi dan disegani.


No comments:

Post a Comment